Wednesday 12 October 2011

kolokium final..


huh.
                Assalamualaikum....

PEMBENTANGAN HASIL KERJA KOLOKIUM PRA-UNIVERSITI SMK MAJAKIR.


hm mesti ramai yang tak taw pasal kolokium tu apa kn... mesti kamu tertanya-tanya.. ok la biar ak explain..


Kolokium bermaksud perjumpaan atau persidangan untuk membincangkan perkara-perkara yang bersifat ilmiah. Dalam konteks penyelidikan Tingkatan 6 / Pra-Universiti, kolokium ialah perhimpunan para pelajar Pra-Universiti untuk membentangkan laporan hasil kerja penyelidikan mereka di hadapan rakan-rakan penyelidik muda dan guru-guru Pra-Universiti sebagai penilai.


hm.. kalau nak bercerita macam malas la pula.. 
          apa kata aku tayangkan gambar.. n ak explain 1 per 1.. armacam.. hm kita korang stujulah kan ne...




hah... yang ne.. pelajar tingkatan 6 rendah.. hahha...dorang jadi kami punya penonton..


tengok muka satu..satu... duie.. blur smua..taw la.. bukan dorang faham jugak apa yang kami bentang.. dorang juz meramaikan ja ne... 
inilah gambar kami semasa membentang.. pertama kali membentang depan audience yang ramai.... bergegar jugak lutut aku.. heheh ak dalh bagitau kn sepa2 ahli kami.. so x payah la mau ulang....okay... ngee...


hah.. yang ne kira gambar part last kami.. sebab yang ne slide kami yang terakhir.. hhoho...


cantikkan slideshow aku buat 2.. 2 baru sikit ja... ahahah (isi bakul angkat sendiri)




hah yang ne.. pesaing kami,.. tengok.. stress jak kan.. hahahhaha..

ini dia, guru-guru sedang membuat keputusan yang terbaik.. hahaha




huh lega lepas pembentangan... tapi bila mau tunggu keputusan tu.. adoy!
     nervous  tahap gaban.. baru maw taw siapapegi final.. tapi.. macam mw tau result sepa menang plak..


tapi nasib baik kami punya guru pembimbing cikgu junaidi sms kami.. y kami dapat pegi final.. jadi dapat buat persiapan utk final pada besoknya..


ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo


tibalah final yang dinanti-nanti oleh kami...


fuh... dalam bilik ne.. memang banyak air con... so.. memang sejuk.. balik2 nak pegi tandas.. hahha...


biasa la.. nervous 2 harus ada.. kalau tiada.. bukan orang lagi tu..




sibuk membuat persiapan.
sempat lagi posing... dalam nervous .. hahah pantang nampak kamera.. sentiasa bersedia. ber'pose. ahhah



pembentang pertama dari Kumpulan 4 ahlinya Noraizmah Abdul Momen, Ezooanna Zujip, Mohd. Adam dan Nursafwanah Mat Samin. tajuk:Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Ketidakhadiran Pelajar Pra-Universiti SMK Majakir Papar.


pembentang kedua ialah Kumpulan 2 ahlinya, Eddrinna Re Balandong, Lyalisa Juanis, Audrey Benit dan Kamal Bin Tukiman. tajuk : Pengambilan Sarapan Pagi Meningkatkan Tumpuan Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Pra-Universiti.



pembentang ketiga dari Kumpulan 7. ahlinya,Ak. Ariff Shah Edzan, Noor Azilah Siddik, Nazira Zulkifli dan Muhd. Nur Izzat Matyassin. tajuk  : Persepsi Pelajar Pra-Universiti SMK Majakir Terhadap Pengambilan Makanan Segera.



pembentang keempat dari kumpulan 9. ahlinya Donysius Joseph, Noraain Bte Abdullah dan Ahmad Shahril Sirin.tajuk  : Persepsi Pelajar Pra-Universiti Atas SMK Majakir Terhadap Muzik.



pembentang terakhir dari Kumpulan 14 : Gan Siew Li, Wong Kar Fuei, Ellysiana Bte Mahkota dan Noor Suhaila Bte Mursalin : An Ecological Study Of A Terrestial Area At SMK Majakir.(johan bahasa inggeris)




setelah selesai kesemua pembentangan akhirnya keputusan diumumkan.. tempat kedua dimenangi oleh 


Kumpulan 9 : Kumpulan Kedua Terbaik bagi kumpulan pembentang dalam Bahasa Malaysia.
dan joHan ialah  Kumpulan 7 : Kumpulan Terbaik bagi kumpulan pembentang dalam Bahasa Melayu.
harh.. kami menang.. macam nda boleh pecaya ne.. haha.. tekejut ne kami... nda sangka.. hahaha "UNTUNG SABUT TIMBUL,UNTUNG BATU TENGGELAM"

nah nelah gambar kami bersama guru pembimbing kami, cikgu junaidi dan cikgu dg. Nismah.. selaku penolong Kanan Pra-U SMK Majakir.. hhe.. kenangan manis...


terima kasih daun keladi..
kalau sudi... baca la post seterusnya nanti..