Thursday, 15 March 2012

KAMI SIBLINGS

assalamualaikum dan selamat malam~
hye.. jom kenal "SIBLINGS" saia~
       first and foremost, kami LIMA BERADIK.
1st: Awangku Ariff Shah Edzan.
2nd: Dayangku Amira Edzana.
3rd: Awangku Aqmar Nashiruddin.
4th: Dayangku Aishah Annur.
5th: Awangku Aadeen Mirza.

*BIN AWANGKU AMIR AZAM PANGERAN ARSHAD*


 saia dengan my bro Aqmar
ini erra

ini aqmar, aishah dan erra


ne aishah dan erra, kat belakang tu singapura.. bestkan dekat jak.. 

hah.. ne.. kitorang amik gambar dekat laut di  JB,depan kitorang
to singapura hhe~
tengok senyuman dorang samakan.. haha~...
1 wajah masa kecil, 1 lagi wajah masa remaja.. hhe


posing habes la dorang... saia jadi tukang
ambil gambar ja.. hhu~




ne saia sama aqmar masa kami baru sampai dekat Melaka..
ne erra dengan aishah, aishah masih malu2 maw bergambar..

ne erra,  gambar ne di ambil masa d JB, dekat Johor Premium
Outlets
hah. baru ada gambar yang bongsu.. si Aadeen... tu dia...


tengok awan tu.. cantik kan~.. terasa macam di sempadan
siang dan malam.

ne aqmar, maluII lagi.. baru naruto... terbaek....






si Aadeen yang bahagia.. hhhe yang ne masa kat Danga Bay..


sayang gambar ne dah cantek, tapi muka saia nda nampak
hm.. ne aqmar,  dia ne skateboarder.


nah.. sama besat dengan menara jam.. hhe~



PHOTOGRAPHY IS MY WAY ~

saia masih sayang dia~

saia prcaya bahawa peluang kedua itu sentiasa ada...
tapi kalau sudah namanya 2nd chance.. i need to try more harder than 1st chance...
2nd chance y saia maksudkan ne pasal  "LOVE"...
memandangkan ne saja tmpt saia luah isi hati saia.. so.. let me tell the truth.. 
masa saia lower 6 ada bha ini gadis... maw cakap minat tu belum ada lg la... bru testII.. skali tinguk dapat, so.. dr situ la start saia suka sama dia, care sama dia..... tapi a few month saja kami punya relationships~ kami putus... (atas sebabII yang tidak boleh dielakkan)...
.............
tp... masih jadi kawan... kawanII jak.. hahha~
walaupun sudah putus tapi jodoh tu masih ada, in a few week, saja.. saia terima msj dr dia, dia cakap y dia masih sayang saia,  mengalir juga air mata ne...  well.. saia memang masih sayang dia juga, saia balas juga msj dia, yang saia masih sayang dia juga...dan kami pun kapel balik sama dia, tapi dalam diam, orang laen belum tau lagi tu... lama kami berhubungan, barulah saia bagi tau dia, masa kami belum break dulu, saia ada scandal, saia kasi dua dia... saia cakap, masa tu saia masih belum percaya dia, mungkin dia sama macam perempuan lain yang pernah kasi main saia, saia bongkarkan semuanya.. SEMUANYA~.. saia ada juga cakap  lepas kita putus saia terus kasi tinggal scandal saia tu... 
.............
dan selepas tu, kami pun mula bergaduh... sambil bertangisan.... saia cakap sama dia, saia sayang dia sangat-sangat, sebab tu saia bagitau dia, saia mau jujur sama hubungan kami... saia mau dia percaya saia, sebab saia sudah mula percaya sama dia...
.............
walaupun kami laen agama, saia ISLAM, dia Kristian... tapi dia pernah cakap yang dia mau masuk ISLAM, dan dia juga pernah pakai tudung untuk saia, dia hantar MMS dekat saia... walaupun kami banyak bertengkar TAPI dalam hati saia hanya ada dia...
..............
sekian lama kami "IN RELATIONSHIP".. . kami makin kerap bertengkar, pasal benda yang saia tidak buat... sebab, terlampau mendengar sesuatu yang tidak betul.. benda tu jadi isu pergaduhan kami... akhirnya... oleh sebab terlalu sayang sama dia, saia nekad untuk lepaskan dia.. sebab saia tidak sanggup begini, setiap kali kami bertengkar, tangisan sentiasa wujud selepas tu... so saia putuskan hubungan kami...
dan sekarang melihatnya bahagia sudah cukup buat saia...
...............
mungkin ini ujian buat saia, ALLAH menguji hambanya, mungkin ada hikmah disebaliknya~...
...............

Wednesday, 14 March 2012

belajar memandu dan photoshoot bersama zuleyika

this is my coolest best friend ever~...

in lah jalan yang kami guna, untuk c eqkha belajar memandu.. straight way.. hhu~
happynya dia dah pandai pandu kereta, cubaan pertama.... berjaya dengan jayanya..
lihat saja dari riak wajah.. BAHAGIA.. haha

nah.. siok2 memandu.. tiba2 ada pula karabau depan karita, nah bagagar sudah si eqkha
(padahal saia)  hahha~

nah kan... dari BAHAGIA.. sekarang panik.. ada karabau di dapan karita...
haha lucu tengok muka dia.. fokus..fokus.fokus.. terbaek~
dalam pada aku takut2 duduk sebelah c eqkha... wat suspen jak cara dia
memandu, sempat lg saia snap gambar.. hhaha

selepas penat mengajar dan diajar memandu, kami lepak dekat kawasan pantai..
snap2 gambar, trus  photoshoot la.  haha~
hm.. lupa pula.. tempt kami belajar memandu ne, kawasannya memang dekat pantai.
hhe~ 




Monday, 12 March 2012

hmmmp~ kawan karib sekolah rendah dan tingkatan 1

hahha ..ini terlintas dalam fikiran saia ne... sharing is caring


sekolah rendah


hai... mmm... saia budak yang bersekolah 2 kali sehari satu pagi dan satu petang... awesome kan.. hhe~ nda la.. sama la macam budak2 lain.. pagi pegi sekolah kebangsaan, petang pula pegi sekolah agama.
tapi masa tu skolah saia ada dua sesi.. so.. sekolah kebangsaan sesi pagi darjah 4 hingga darjah 6, dan sesi petang pula darjah 1 hingga darjah 3, dan sebaliknya bagi sekolah agama..

      HMMMP~ berbalik kepada topik asal... semasa di sekolah agama.. saia ada kawan baik... kami memang kawan baik.. nama dia   FARHAN NIZAM,   kalau dia baca ne.. mesti dia bangga... haha.. ( Bhe macam lah artis kunu).. hhaha~
saia dan farhan ada juga kawan baik yang lain.. antaranya NURAMALINA, FARAH IDA, SYAFIQ JAMAL, NORAZILA..
semasa darjah 6, setiap minggu, kami akan "collect" duit untuk buat parti mingguan.. memang best.. beli makanan kat kedai, kitorang duduk ramai2 bawak pokok yang rimbun, sambil bercerita2, makan2.. masa tu menjadi kenangan kami sampai sekarang, walaupun kami sudah terpisah.. tapi nda apa... "KAWAN TETAP KAWAN"...

ada satu hari tu, saia sama farhan tidak bertegur langsung, masa tu ada kem motivasi di sekolah... saia lupa pasal apa kami tidak bertegur masa tu, tp masa petang dalam kem tu.. kami di panggil untuk berkumpul dan di suruh bawa skaf masing, pada mulanya kami duduk berjauhan... masa tu kami di suruh untuk menutup mata dengan skaf dan berikat dibelakang kepala.. tiba2 radio dipasang, kata2 yang boleh membuat kita menangis kedengaran ( macam malam penghayatan, yang biasa ikut kem mesti tahu ) ramai dah teresak2 menangis, saia sudah basah itu skaf, tapi tahan saja... lepas tu radio cakap pasal ibu, dia cakap pasal kawan...

nah... disinilah ne.. tia tahan suda.. pasal saia tidak bertegur dengan kawan saia tu kan... bha~ betul2 sudah saia menangis tidak tahan, tapi tidak lah sampai meraung.. haha~
kena suruh buka skaf tu, saia masih lagi menangis macam air terjun ne air mata.. tiba2 datang si farhan dekat saia, dan masa tu lah.. kami berbaik... dia pujuk saia...
masa habis UPSR.. kami diberi pilihan untuk memilih sekolah menengah yang kami hendak masuk... kami bercadang untuk masuk ke sekolah yang sama.. tapi.. semasa dapat keputusan, kami dapat sekolah yang berlainan.. disitulah hubungan kawan kami semakin rengang, walaupun kami masih berkawan, tapi tidak serapa yang dulu....


sekarang tyme to move to sekolah menengah~

mmm.. okay begini la.. dulu  first tyme masuk sekolah menengah, tyme form 1 tu... saia memang pendiam.. diam jak.. ala biasa la.. belum ramai kawan masa tu.. semasa kelas awal.. saia dapat kelas A.. kelas Arab... tapi saia tidak minat... tambah pula, masa tu ada ujian bagi menentukan kelas sebenar mengikut kemampuan pelajar.. so.. saia dapat kelas C... okay la... tengah2 .. masa tu ada  kelas.. A,B,C,D,E,F... so... first masuk kelas.. saia duduk paling depan dekat pintu, sebelah saia tiada orang duduk...
sesudah semua pelajar masuk kekelas, maka masuklah guru kelas kami yang bernama Ustaz Januar... dan dia menyuruh seorang budak yang duduk di belakang sekali untuk berpindak kehadapan disebelah saia nama dia NASIR (sempat lagi berkenalan..
jadi selepas dia pindah kehadapan, bermulalah sesi memperkenalkan diri... sesudah habis... ustaz.. memilih budak yang duduk desebelah meja kami bernama (AHMAD ZAWAWI) untuk menjadi "ketua kelas".. muka good boy... kemas jak pakaiannya..
TAPI dia menolak, nah.. kami belum kenal ustaz Januar lagi, dia tanya kenapa dengan si zawawi, "kenapa? kau takut sama 2 orang d belakang 2, sebab badan dorang besar, badan kau kecil"... kemudian ustaz memanggil 2 orang yang berbadan besar tu ke hadapan, sorang KAMIL, dan sorang lagi (SYARMI).. ustaz suruh dorang dua cium tangan si zawawi... 1 kelas ketawa, tapi takut juga.. sebab ustaz tu tegas...........(malas maw teruskan)..
...
lepas ustaz keluar.. kami mula berkenalan, saia hanya diam masa tu.. tiba2 orang belakang saia menegur mahu berkenalan...sorang kenalkan diri, nama dia iko miszuandie, dan sorang lagi fauzan, yang sorang ne saia macam kenal, sebab kami SRU (Sijil Rendah Ugama) sama2.. 2 sekolah bergabung masatu... dia ni ada adik kembar...nama adik dia faizun... tapi adik dia dapat kelas E masatu..
so.. permulaan yang perlahan.. saia berkenalan dengan semua orang dikelas... masatu.. jumlah kami rasanya macam hampir 40 orang.. ... hari demi hari.. saia sedah biasa dengan semua orang..
so... antara yang rapat dengan saia masatu.. Iko, Fauzan, Zawawi, Saufi, Kamil, Faizul dan Nasir... 

mmm. biasa lah budak form 1.. memang nakal dan belum berakal... masih mentah..  TAPI.. yang palig best.. bila ustaz januar masuk kelas... dia memang tegas orangnya... adalah beberapa kali, yang dia suruh kami hilang dari pandangannya dalam kiraan dua saat.. so tempat paling sesuai masatu di bawah meja.. masa tu kami okay la.. kecil2 masih.. bayangkan kamil dan syarmi... rasa macam mau meletup ja ketawa.. tapi terpaska tahan...  nanti kena tambah denda... ada lagi.. masa kelas pafa, ada yang kena suruh cium kipas sebab tak dapat jawab soalan, ada yang kena suruh peluk tiang, ada yang kena suruh gigit pembaris yang panjangnya 1 meter, ada yang kena suruh korek telingga kawan sebelah sebab tidak dengan apa yang ustaz cakap.... ada lagi kerja rumah tidak siap.. ustaz suruh pusing padang sekolah 3 atau 4 kali (lupa lah) memang penat tapi seronok..

TAPI, walaupun begitu, kami nda pernah ada rasa marah dengan ustaz, benci dengan ustaz... sebab ustaz ajar kami cara berdisiplin, dan dalam tegas2 Ustaz Januar.. adakala dia pandai bergurau...

saia ingat dia sampai bila2... masa dulu kelas kami memang top. dengan kenakalan pelajarnya, suka buat bising.. tapi... cara ustaz yang tengs tu, buat kami jadi berdisiplin... kami tidak akan jadi begini kalau bukan kerana cara didikan Ustaz Januari masa form 1 dulu....

apapun kawan saia dari form 1 tu.. kawan saia sampai sekarang.. kami nda pernah lost contact...

okay la.. sampai sini jak la... ngantuk sudah ne.. mau tidur.. babai~

Saturday, 10 March 2012

keputusan result STPM keluar!

mmm... tanggal 7 mac 2012 merupakan hari yang saia amat nantikan sejak tamat peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, berdebar rasanya menantikan.. apalah keputusan yang bakal saia dapat,
perasaan saia bercampur baur, takut, seronok, risau, macam-macamlah.. hanya yang prnah mengalami ja yang tahu macam mana rasanya.
pada tarikh 7 mac 2012.. saia bangun awal, bersiap sedia untuk pergi ke sekolah ku untuk mengambil keputusan peperiksaan yang aku amat nantikan.. TAPI.. hari saiabrbagi dua.. sama ada mahu pergi ambil atau tidak..
sebab aku takut keputusan saia tidak seperti yang saia harapkan.
NAMUN, saia kuatkan hati untuk ke sekolah, mengambil keputusan peperiksaan saia.. saia cakap dalam hati, "selama ini saia sudah berusaha bersungguh-sungguh, dan keputusan saia tu akan menunjukkan usaha saia selama ini... "
sesudah saia bersiap untuk berangkat, baru saia terfikir bahawa kereta saia diguna oleh mama, hmmm so saia minta datuk saia untuk menghantar kesekolah, tapi dia ada urusan lain yang mesti diselesaikan segera...
so.. saia kuatkan hati untuk naik bas, walaupun jauh berjalan kaki keluar untuk mendapatkan bas saia kuatkan hati juga.. baru hendak turun dari rumah...tiba-tiba handphone saia berbunyi "$%%^%$@%*&&)&%^!" tengok2 kawan saia c nawi call..
so jawab la.. dia bagitaw yang dia d sekolah suda, dia tanya saia dimana, saia jawab la saia di rumah tiada orang hantar kesekolah dan saia minta dia ambil saia di rumah..
dia pun bersetuju dan menjemput saia kerumah... fuh.. selamat saia tidak perlu berjalan kaki, memandangkan hari pun tengah panas terik...
..............
10 minit kemudian, nawi pun sampai, dia sama bf dia p ambi saia di rumah.. memang takutlah sepanjang perjalanan kami kesekolah..  asyik bercakap tentang takut pasal keputusan saja..
masuk ke sekolah... bf nawi parking kereta btul2 depan dewan tempat ambil keputusan kami... lebih kurang 5 minit kami menunggu dalam kereta.. maklumlah takutkan... mmm... pada masa yang sama, rafiqah (class mate) menuju ketempat kami, so kami brtiga memberanikan diri untuk masuk kedalam dewan...  dan akhirnya kami masuk setelah 10 minit kami berada dipintu dewan.. hhehhe~..
...............
masuk dewan, kami melihat guru2 sudah bersedia dengan keputusan dan sijil2 kami semua.... kerusi untuk kami semua pun sedah tersedia, sebelum mengambil keputusan kami perlu diberi sedikit kata dua dari penolong kanan Pra-U iaitu puan Dayang Nismah.... TAPI.. hanya kami bertiga yang berada didalam dewan.. kerana kami adalah yang terawal samapi, jadi kami pun keluar... dan melawat ke blok Pra-U.. kami masuk kebilik bimbingan kaunseling, untuk melawat 3 kaunselor kami yang banyak bantu kami... malangnya hanya seorang saja yang ada disana... so kami pun lepak lah diruang rehat bilik kaunseling.. sembang2 dengan kawan, masa tu ada bf nawi juga, selang beberapa minit kemudian, adam masuk kebilik kaunseling... nah.. apa lagi buka cerita lah kami... hhehhe~... banyak juga cerita kami sampai dah setengah jam kami bersembang... so kami pun beredar untuk kedewan semula.
..............
masuk dewan...sudah ramai yang ada.. so.. kami terus masuk n duduk dengan kawan yang lain... dalam group lelaki, diorang sibuk cek keputusan melalui SMS... dalam ramai2 tu satu orang saja yang dapat tahu keputusannya.. si hamzah, dia dapat 1A 2B 1C.. fuh dia juga 10 ten student dengan pointer 3.08... saia tidak mau cek guna SMS tu... biar saia buka sendiri itu slip keutusan... sabar menanti... taklimat bermula, lebih kuarng 15 minit sahaja... lepas tu kami boleh ambil result sudah..
................
tiba giliran saia... guru kelas saia Madam Audrey sempat tanya saia, saia rasa saia lulus ka? boleh dapat 4P.. saia balas.. tidak.. sebab SEJARAH saia teruk... dia membuka slip saia dan melihat keputusan saia.. dan cakap "CONGRATULATIONS"... 4P.. saiapun  terkejut.. bagai tak percaya... dengan tangan yang mengeletar saia mengambil slip saia, dan membukanya...
seram sejuk rasanya.... jeng..jeng..jeng... betullah 4P... "alhamdulillah".. syukur sangat-sangat...
walaupun sedikit kecewa sebab pointer saia agak rendah... namun saia mampu tersenyum....
.................
sudah ambil result, mulalah buka kaunter pertanyaan... banyak lah soalan.. kawan2 ada yang tanya, brapa P, pointer berapa?.. ada gagal?.. brapa A?B?C?.... n macam2 lagi... dalam gembira.. ada juga kekecewaan yang timbul.. sebab kawan2 yang lain ada juga yang gagal... ada yang bersedih, dapat 3P tapi PAM gagal... ada yang terkejut, sebelum ne exam, memang tak pernah dapat P, tiba2 dapat 3P... pengetua terkejut dan bangga... dan ada antara top student gagal... hanya dapat 3P saja...
siapa tau, rezki masing2 kan.. mungkin yang gagal tu tiada rezeki... "tuah ayam nampak dikaki, tuah tak manusia siapa tahu"

begitulah cerita saia mengambil keputusan STPM 2012... sekarang saia sedang memohon untuk sambung belajar di U, sama ada UMS( pilihan utama), UPSI, dan UITM....
doakan saia dapat sambung belajar arr...  okay....

Thursday, 8 March 2012

monkey love~ Sekolah Rendah

             saja maw kongsi... hhe..
mesti kamurang pernah b'cinta ne kan.. ala cinta monyet.. zaman2 sekolah...
ala biasa la tu... remajakan semua maw dicuba..
      saia, bukan apa la.. dulu.. baru darjah 6, 3 lelaki, 3 perempuan. .. sudah saia pandai cinta-cinta monyet ne...
ingat lg tyme 2.. kami 6 org best friend y sebaya, kami memang rapat... maw di kasi jadi cerita.. masa tu.. kawan saia satu urg ne c "S", suka masa kawan saia y satu lg ne c "Z".. c "Z" ne pun suka juga, trus bcinta la duang, nah jd durang mulalah ber"sweet-sweet" sana, mcm urg besar bcinta..  romantik2... so kawan kami yang satu urg ne lagi c "F" tau duluan dari saia, jd dia sudah pilih pasangan dia c "F" juga... pndi dia.. jd durang pun start juga.. tinggal saia sama satu urg lg c "M".. kami tim tu blur.. tiba-tiba kena suruh 'couple'.. aik.. dengan berbekalkan masa 5 minit kami setuju... sejak hari tu.. kami makin rapat.. bila pulang kami pulang sama-sama.. hntar yang cewe rumah dulu..

tp percintaan kami semua tidak lama, disebabkan kami kedapatan, biar saia kasi cer skit..
     maw dikasi jd cerita, satu hari tu.. kami berenam kena panggil masuk kebilik disiplin, kami semua blur.. apa salah kami, padahal kami sentiasa berkelakuan baik di sekolah... jadi kami semua akur masuk kebilik disiplin....
dan kami tunggu di ruang menunggu..
sekali nah!... keluar guru disiplin kami.. saia ingat lg 2.. cigu Ag Tuah nama dia.. trus dia tanya " kamurang ne bercinta ka satu sama lain?"...
kami semua buat terkejut dan menegah kata cigu disiplin masa tu.. kami cakap.. manada kami bcinta, kami best friends ba.. dan sempat kami tanya knapa masa tu..
cigu tu bagitaw la.. sebab dia dapat laporan dari murid lain, (ntah siapa la yang dengki dengan kami ne)...
tula.. masa tu rasa macam maw menangis jak kami.. bukan lg maw.. memang menangis suda kami...

lama-kelamaan, cigu cakap.. kalau kami nda mengaku, cigu panggil ibubapa kami pgi sekolah, adeh... bertambah mencurah airmata kami kelantai.. tiba-tiba c "Z" mengaku, yang dia bercinta dengan c "S".. tp dia cakap yang kami nda terlibat..  c "Z" berkorban untuk selamatkan kami.. lepas tu dia buat perjanjian dengan cigu.. supaya nda ulang benda tu lagi.. sebagai balasan cigu nda boleh panggil parents dorang pegi sekolah..... "DEAL".. cigu disiplin setuju..
lepas tu kami pun dilepaskan...
masuk kelas ja.. kami dikrumuni kawan-kawan yang lain, maw tau kenapa kami dipanggil kebilik disiplin... kami hanya brdiam tanpa bicara....


+++mm hello... sampai sini ja crita ne.. kalau sambung lg, cerita lain da.. hhe..~

Monday, 30 January 2012

RollerBlade...

ahad... 29 januari 2012- Roller Sport World Sungei Wang Plaza

mmm.. hari ne kami main rollerblade.. seronok sangat....
mula-mula.. exited gak.... rasanya boleh main.. mesti seronok....
sebab tahun 2009 ada maen bnda ne.. tapi dah lama tak maen.. jadi agak kaku sikit

TAPI....
aku kuatkan diri untuk main gak benda tu.. dah dalam masa 5 minit aku dah mula biasa..
kazen aku ngan adik aku.. masih tak pandai maen.. jadi ak & kawan kazen aku..ajar diorang
sangat susah nak ajar diorang...

stengah jam.. berlalu.. masih tak pandai...
satu jam berlalu.. baru mula gerak sikit-sikit tanpa pegang palang kat tepi gelanggang tapi tak boleh lama-lama..
lama-kelamaan.. dapat dah diorang walaupuntak lagu sangat...

nak tahu.. dalam 2jam lebih kami kat dalam tu.. banyak kali gak jatuh...
aku siap langgar orang lagitu...macam rempuhan kreta gak masa tu..
orang tu lagu(perempuan).. aku pun laju..agak jauh gak aku terpelanting.. hhaha~ sakitt...
salah aku gak.. sebab aku lawan arus time tu..

apa-apa pun terbaiklah.. seronok sangat..





antara insiden jatuh-jatuh kazen saya dan adik saya..hhe~













rasanya sampai sini saja lah... lain kali saya update lagi arh... bye~