Saturday, 16 March 2013

jumaat sampai sabtu

assalamualaikum.. hehe..
tajuk jumaat sampai sabtu tu... sebenarnya  begini bah tu.. aku mau cerita yang aku tidur rumah kawan aku.. sebab along dia mau bertunang.. jadi mak kawan aku tu suruh aku tolong tolong laa.. lepas tu dia ada cakap suruh aku tidur rumah dia jaa.. btw.. siok ok.. yang siok tu.. bila kumpul ramai ramai meriah rumah.. nda macam rumah aku.. pagi, petang, malam.. sama jaa.. tetap sunyi... tu laa tu... stiap hari jumaat lepas ja sembahyang jumaat aku memang lepak rumah dorang... abis di rumah .. bukan aku ada buat apa apa juga..hmm...

mercarut suda aku.. ntah apa apa jak aku cakap.. sammpai di sini saja laa ah.. 

Wednesday, 13 March 2013

Im back!!!


im back... HaH blog ni sudah bertukar wajah.. dari hitam dan purple kepada hijau yang terang.. HaHaHa~ amacam.. drastik kan perubahan ni.. hehe~... lagi pun wajah lama tu.. macam seram ja tegok.. hitam dan suram.. hehe~.. lagi pun bak kata orang tua tua.. hijau ni bagus.. warna tumbuhan, lagi pun aku ni "BUDAK KACA MATA" jadi dorang cakap bagus untuk mata. well aku pun nda tau kesahihan dia... tapi aku tetap follow jaa..

btw tiada apa dapat ku ungkap dari kata-kata so... 
..selamat bergembira, kepada pembaca semua..

Youth Credit Card design contest

..This is my design for the Youth Credir Card design Contest..

Front


back

concept.

I choose the colourful colour for this design, it is because the colourful youth life style today.

The jumping that's mean they were active youth

"THE POWER OF YOUTH" Because youth are now the leader of the future. 

Tuesday, 12 March 2013

this site is currently under maintenance

we will be back shortly


Niatkan dalam hati 8 perkara ketika berwuduk

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, ... "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kauhitamkan muka ku ini".


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".


6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan. "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".




Monday, 11 March 2013

Manusia Biasa


  1. Siapa kata doktor tak pernah sakit.
  2. Siapa kata pakar kaunseling tak ada masalah.
  3. Siapa kata cikgu tak pernah buat silap.
  4. Siapa kata ustaz tak pernah buat dosa.
  5. Siapa kata chef tak pernah masak nasi mentah.
  6. Siapa kata profesor tak pernah kena tipu.
INGATLAH..

  1. Semua manusia Allah beri kelebihan dan kekurangan masing-masing.
  2. Allah beri kelebihan bukan 100% diberi semua pengetahuan.
  3. Diberi kekurangan bukanlah sehingga ia menghinakan.
  4. Terkadang sengaja Allah menyulitkan perkara yang kita pakar agar kita tidak perlu sombong.
  5. Agar kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur. :)

Sahabat Sejati

12 SIFAT "Sahabat Sejati" MENURUT IMAM AL-GHAZALI

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan

pembalas baik persahabatanmu itu.


3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang 

dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia 

akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia 

akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan 

menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan 

mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia 

akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan 

meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk 

menghilangkan kesusahan itu).


10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan 

membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan 

membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang 

mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.



~Semoga kita dianugerahkan sahabat 

seperti itu dan menjadi sahabat seperti 

itu.. InsyaAllah~