Monday 11 March 2013

Sahabat Sejati

12 SIFAT "Sahabat Sejati" MENURUT IMAM AL-GHAZALI

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan

pembalas baik persahabatanmu itu.


3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang 

dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia 

akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia 

akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan 

menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan 

mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia 

akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan 

meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk 

menghilangkan kesusahan itu).


10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan 

membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan 

membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang 

mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.



~Semoga kita dianugerahkan sahabat 

seperti itu dan menjadi sahabat seperti 

itu.. InsyaAllah~


No comments:

Post a Comment