Friday 22 March 2013

tidak berperikemanusiaan


Ibu kucing ini terus menjilat mayat anak-anaknya dengan harapan mereka sembuh kembali. Mengikut sumber, saksi terdengar kucing menangis di tingkat bawah, dan apabila mereka sampai ke tempat kejadian, mereka menemui kucing liar dan anak-anak kucing yang diseksa sehingga mati. Kesemua badan anak-anak kucing tersebut dipenuhi dengan tembakan pistol angin, dan ada pula yang diikat lehernya, dan ada pula yang dibedah sehingga jantung kucing itu terdedah, dan kepala ketiga-tiga kucing yang lain dipijak! Kejamkan orang ni?

dimana letaknya perikemanusiaan manusia ini, sanggup memperlakukan anak kucing yang tidak berdosa seperti itu. lihat sahaja wajah ibunya, sedih.. bayangkan jika darah daging kamu diperlakukan seperti itu, tidakkah kamu mempunyai sifat kasih sayang, belas kasihan.. mereka juga hamba Allah punya hati dan perasaan, KUCING merupakan "haiwan kesayangan Rasulullah SAW". belailah mereka dengan penuh kasih dan sayang bukan diperlakukan seperti ini. serius aku sedih tengok nii.

Kifarah itu tetap ada.. kalau Allah nda balas dekat dunia, dekat akhirat dia ndakan terlepas punya.. aku harap dia menyesal seumur hidup dia dan bertaubat,

No comments:

Post a Comment