Wednesday, 25 April 2012

assalamualaikum~

okay aku ada masa 10 minit untuk bercerita~

hm.. hari ne aku bengang sangat! bengang yang amat!
kereta buat hal lagi hari ne, hari ni teruk sebab, kereta aku mati tengah jalan, dan aku berseorangan...
so aku kena tolak kereta sampai tepi jalan..
dan jalan kaki pergi kerja, walaupun tak jauh...
tapi.. dalam keadaan yang hujan dan sejuk.. pasti menyulitkan keadaan..
tapi tu nda meruntuhkan semangatku untuk oergi kerja,.... so... bila habis kelas.. aku kol pak cik aku.. suh datang tempat  aku tinggalkan kreta aku... dan kitorang wat "JUMPER"... untuk supply power kat betri kreta aku...
kali ne dia tak macam biasa, susah sikit nak start enjin....masa tu aku dah takut dah.. habis la.. tak boleh pulanglah aku malam ni... tido kat kreta la...
dah hampir setengah jam berlalu.. enjin dapat dihidupkan...
muka yang sedih tadi bertukar ceria.. hahaha..

tapi... ianya belum berakhir... esok aku kerja... berfikir macam mana nak pergi kerja esok... aku kena tukar betri kereta... so aku perlu duit....
kan bagus kalau ada yang bantu aku...
tambah duit aku sikit supaya boleh beli betri kereta... dan hari sabtu ni aku ada ujian MedSI..
warrrggghhh~.. macam mana aku nak pegi nanti... kalau naik bas... bila nak sampai... bas pula bukan sentiasa ada... errr~
"ya Allah, bantulah hamba mu ini, dalam menyelesaikan masalah ini, agar aku boleh menjalani hari-hari ku seperti biasa, dan mengajar seperti biasa tanpa fikiran ku tergangu dengan masalah ini..  amin..amin..amin.. yarobbalalamin.."

sekian.. dah cukup 10 minit.. masa untuk tidur...
selamat malam~

No comments:

Post a Comment